PROGRAM BULANAN :KELAS FIQH MUSLIMAT UNISEL 2015

Kelas Fiqh Muslimat Unisel 2015 merupakam program bulanan yang dianjurkan oleh Pusat Islam & Masjid Unisel dengan kerjasama Perpustakaan Unisel Kampus Bestari Jaya dan Pejabat Pentadbiran Sumber Manusia. Ianya diadakan sekali sebulan bertempat di Bilik Seminar Tingkat 1, masjid Unisel dan Bilik Kelas, Perpustakaan. Tujuannya memberi panduan berkaitan fiqh dalam kehidupan juga ibadah. Wanita dituntut untuk mempelajari ilmu agama apatah lagi seorang suami wajib menyediakan nafkah pendidikan (ilmu) kepada isterinya. Pihak penganjur merasakan program ini sebagai fardu kifayah dapat membantu para Muslimat Unisel mendalami ilmu sebaik mungkin juga dikira sebagai SKT bagi staf yang turut serta atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan. Moga ilmu yang diperolehi bermanfaat dan disebarluaskan kepada yang lain serta dapat membantu meningkatkan kualiti ibadah dan kerja yang dilakukan, insya- Allah,ameen. Terima kasih pada yang hadir dan memberi sokongan serta yang terlibat sepanjang program, moga Allah memberkati usaha murni ini.

2015-02-26 10.13.41

Ustazah Shadiya Abbas sedang menyampaikan kuliah.

2015-02-26 10.14.05

Peserta yang turut mengahdiri kelas.

KELAS FIQH MUSLIMAT 2015

PENCERAMAH TETAP :
USTAZAH SHADIYA ABBAS

MASA :
9.30 – 10.45 PAGI

HARI :
KHAMIS (MINGGU KE-4 SETIAP BULAN)


TEMPAT :
BILIK SEMINAR ,TING.1 , MASJID UNISEL / BILIK KELAS PERPUSTAKAAN
KAMPUS BESTARI JAYA

About the author

noorazzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *