LATARBELAKANG

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT ISLAM

Pusat Islam Universiti Industri Selangor ditubuhkan atas kehendak Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Razali Agus, Naib Canselor UNISEL. Hasrat ini dicapai dalam satu pertemuan beliau dengan semua kakitangan bahagian Hal Ehwal Pelajar Unisel pada 15 Ogos 2007 bagi menggantikan Unit Agama dan Pembangunan Insan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah beroperasi selama dua puluh tiga (23) bulan di Kampus Bestari Jaya UNISEL. Unit ini telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan program dari masa ke semasa pada ketika itu berada di bawah kepimpinan Naib Canselor Unisel Prof. Dato’ Dr. Adnan Alias dan Timbalan Naib Canselor (HEA &HEP) UNISEL iaitu Prof. Dr. Rustam Abbas.

Hasrat Prof. Dato’ Dr. Razali Agus menaiktaraf Unit Agama Dan Pembangunan Insan kepada Pusat Islam UNISEL secara langsung di bawah pentadbiran pengurusan tertinggi iaitu Naib Canselor adalah suatu usaha murni untuk melihat fungsi organisasi ini terus berkembang luas dan memberi sumbangan kepada warga UNISEL melalui pelbagai program dan aktiviti pembangunan modal insan. Seterusnya, Pusat Islam berperanan dalam mengurus tadbir Masjid UNISEL dari segi fasiliti dan program pengimarahannya. Kini Pusat Islam mempunyai 9 orang kakitangan. 7 orang di Kampus Bestari Jaya. Manakala 2 orang kakitangan di Pusat Islam Kampus Shah Alam.